Saturday, September 30, 2006

Orang yang paling anda cinta selalunya tidak memilih anda

Bertemu dengan orang yang paling anda cinta..... Kemudian merasai perasaan cinta......
Kerana memahami rasa dicintai, maka anda akan jumpai orang yang paling mencintai anda
Hanya setelah melalui pengalaman cinta dan dicinta, belajar apa itu cinta......
Barulah anda tahu apa yang benar-benar anda mahukan.......
Baru dapat mencari orang yang paling sesuai dan yang boleh sehidup semati dengan anda......


Orang yang paling anda cinta selalunya tidak memilih anda........
Orang yang paling mencintaimu selalunya bukan yang paling anda cinta......
Yang bertahan paling lama selalunya juga bukan orang yang paling mencintaimu atau orang yang paling anda cintai......
Dia hanyalah orang yang muncul pada masa yang paling sesuai.......

Tiada orang sengaja melukai hati kekasihnya,
Bila dia mencintai anda, dia adalah betul-betul mencintai anda,
Sebaliknya bila tidak mencintai anda juga betul-betul tidak mencintai anda,
Masa dia mencintai anda, dia tak dapat berpura-pura tidak mencintai,
Begitu juga masa tidak mencintai anda, dia tidak dapat berpura-pura mencintai anda.

Bila dia ingin meninggalkan anda, kena tanya diri “Adakah saya masih mencintainya”,
Kalau anda juga tidak mencintainya lagi, jangan bertahan kerana ego yang tinggi,
Kalau anda masih mencintainya, anda tentu inginkan dia hidup dengan bahagia,
Harap dia hidup bahagia bersama dengan orang yang dia betul-betul cinta,
Anda tidak akan menghalang.......
Kalau anda cuba menghalangnya mendapat kebahagiaan sebenar,
Maka terbukti anda tidak mencintainya lagi,
Seandainya anda tidak mencintainya lagi, apa lagi alasan yang anda boleh ambil untuk menyalahinya??????

Cinta tidak bersamaan dengan memiliki,
Anda suka bulan, tapi tak mungkin anda letakkan bulan ke dalam besin cuci muka anda,
Cahaya bulan yang lembut tetap akan menyinari bilik tidur anda.......
Dengan kata lain, cinta terhadap seseorang boleh dimiliki dengan cara lain,
Jadikannya ingatan yang kekal dalam jiwa hati anda........

Kalau anda cintai seseorang, cintainya seperti sedia ada,
suka kebaikan dan keburukannya, cintai kekuatan dan kelemahannya,
Cinta tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk mengubahnya menjadi apa yang kita inginkan,
Sekiranya gagal maka tidak cinta pula........

Cinta terhadap seseorang tidak dapat mencari apa-apa sebab,
Anda akan fikirkannya tidak kira di mana anda berada dan pada masa bila, mood baik atau buruk.......
Apa yang anda sedar ialah anda inginkannya menemani anda.........

Cinta sebenar terjadi bila pasangan itu dapat saling menolong pada masa kesusahan,
Tanpa sebarang syarat kerana kasih sayang itu diberi tanpa memikirkan pulangan......


Terpisah jauh sememangnya akan menjadi satu cabaran ,
Kalau perasaan cinta tidak kukuh, maka akurlah pada takdir, Cinta sejati tidak mungkin bertukar menjadi kebencian.........

Janji-janji tertentu
Mungkin tidak akan ditunai selama-lamanya.......

Sunday, September 24, 2006

Happy Zhong Chiew


Wednesday, September 13, 2006

Tuesday, September 12, 2006

Monday, September 11, 2006

错过


Kawan-kawan dalam Bengkel Max Recall

Me and MM from Skim Lencana Anti Dadah

Pegawas SMKL

Who is the most handsome one???

Ha....ha....

Budak SMKL

Timbalan Ketua Pegawas yang nakal

Budak sekolah yang betul-betul nakal sekali

Air Terjun Batu Tiga Lawas



Sunday, September 10, 2006

KungFu








Mission Impossible II








Be Thankful






Friday, September 08, 2006

Moon Cake II